

Hong Kong Destinasi Pemanas Badan
Admin
Disember 26, 2013
Negara Hong Kong menjadi destinasi pilihan bagi perlawanan pra musim pasukan PAHANG untuk musim 2014. Pasukan akan dijangka bertolak di negara tersebut pada 3 Januari 2014 dan pulang pada 7 Januari 2014. Semasa disana beberapa perlawanan telah diatur bersama kelab-kelab profesional dalam Liga Hong Kong.
Menurut Penolong Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, latihan singkat disana diharap dapat menguatkan keserasian antara pemain dan memberi pengalaman berharga pada setiap pemain. Ini kerana terdapat kelab-kelab di Hong Kong yang akan bertanding dalam Piala AFC.
Untuk rekod ini adalah kali kedua PAHANG berkunjung ke Hong Kong untuk latihan pra musim. Kali pertama adalah untuk latihan pra musim bagi tahun 2013.