top of page

Tidak berprinsip

Stadium Astro

Disember 26, 2013

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pemain bola sepak yang 'melompat' ke pasukan lain tanpa pengetahuan pasukan asal sebagai pemain yang tidak berprinsip.

 

Tengku Abdullah berkata walaupun FAM telah menetapkan garis panduan bagi perpindahan pemain dari satu pasukan ke pasukan lain, mereka terus melanggar peraturan itu dengan merundingkan perjanjian tanpa memberitahu pasukan lama. "Itu tidak profesionallah... tak boleh salahkan FAM atau persatuan-persatuan (bola sepak)...pemain mesti ada prinsip dan perkara ini bukan baru hari ini berlaku. "Tidak ramai (pemain) yang begini tapi hanya segelintir dan ini yang memburukkan senario bola sepak negara," katanya.

 

Isu perpindahan pemain tengah skuad bola sepak Pahang, Amirulhadi Zainal ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) secara tiba-tiba mencetuskan kontroversi apabila beliau disahkan telah terlebih dahulu mengikat kontrak selama dua tahun lagi dengan Pahang. Tengku Abdullah bagaimanapun menggesa pihak terbabit agar menyelesaikan isu berkenaan secara baik. "Saya anggap tidak ada pemain yang tidak boleh diganti, tetapi seeloknya pemain kena hormati perjanjian," katanya.

Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page