top of page

Terdapat tiga elemen boleh 'meragukan' kontrak - Fuad

Kosmo

29Disember 2013

BEKAS Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud mendedahkan bahawa terdapat beberapa elemen penting yang boleh membatalkan kontrak pemain bersama persatuan negeri mahupun kelab.

 

 

Fuad yang kini bertugas sebagai Pengarah Sukan Felda United memberitahu, isu kontrak 'meragukan' adalah berpunca daripada kegagalan pemain atau pasukan untuk melengkapkan prosedur perjanjian pemain atau pasukan tersebut.

Jelasnya, terdapat tiga elemen yang membolehkan pembatalan kontrak berlaku antaranya tandatangan pemain itu berlainan dalam perjanjian tersebut.

"Kedua, tarikh tandatangan perjanjian itu mesti mengikut Peraturan Status FAM.

 

Sebagai contohnya, pihak persatuan itu harus memberikan notis kepada pemain sebelum tiga bulan kontrak tamat.

"Jika pemain dan pihak persatuan menandatangani perjanjian selepas tempoh tersebut, kontrak berkenaan tidak sah dan itulah yang dimaksudkan kontrak 'meragukan'.

"Ketiga, jika sesetengah pemain kita tidak suka satu klausa dalam kontrak tersebut dan berhajat untuk memindanya, dia tidak boleh berbuat secara persendirian.

"Sebaliknya, dia kena mendapatkan persetujuan bersama dengan pihak persatuan dan wajib menghantar (laporan) itu kepada FAM. Jika tidak, perjanjian itu juga dianggap tidak sah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

 

 

FAM kelmarin telah mendenda bintang baharu Johor Darul Takzim (Johor DT), Amirulhadi Zainal sebanyak RM25,000 selepas pemain berusia 27 tahun itu didapati melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). Amirulhadi didakwa telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun dengan pasukan dari Pantai Timur itu.

 

 

Begitupun, pihak Jawatankuasa Status Pemain FAM berpendapat, Amirulhadi sah menyertai Johor DT musim depan selepas pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, kontrak bekas pemain Selangor itu bersama PBNP adalah 'meragukan'. Fuad berkata, peraturan yang melibatkan status kontrak atau perjanjian boleh dipinda pada bila-bila masa.

"Benda ini (peraturan perjanjian kontrak) boleh dipinda pada bila-bila masa tetapi dengan syarat, FAM wajib memaklumkan perkara ini kepada seluruh persatuan negeri dan kelab. "Itulah pengalaman saya sebagai Setiausaha Agung FAM sebelum meninggalkan badan induk persatuan tersebut dan saya tidak tahu jika peraturan itu sudah digubal atau dipinda selepas saya keluar dari FAM pada 1 September lalu," katanya.

Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page