top of page

Amirulhadi terima padah

Harian Metro

28 Disember 2013

Kelana Jaya: Pemain tengah Mohd Amirulhadi Zainal terlepas daripada hukuman penggantungan sebaliknya hanya didenda RM25,000 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas Jawatankuasa Status Pemain badan induk itu memutuskan dia menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT) kerana kontraknya bersama Pahang tidak sah.

 

Keputusan yang dibuat hasil perbicaraan jawatankuasa itu semalam sekali gus menamatkan isu perebutan pemain antara Pahang dan JDT selepas pihak pengurusan skuad Tok Gajah mendakwa Amirulhadi, 27, sudah menandatangani kontrak dengan mereka sebelum mencetuskan kontroversi hadir pada majlis pengenalan pemain JDT minggu lalu.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Datuk Takiyuddin Hassan, selepas memanggil wakil persatuan negeri terbabit selain Amirulhadi untuk memberi keterangan semalam, mereka mendapati terdapat keraguan dalam kontrak baru pemain itu bersama pasukan asal, Pahang.

 

“Selepas meneliti kontrak dan mendengar penjelasan daripada pihak terbabit dalam kes ini, kami mendapati kontrak Amirulhadi dengan Pahang meragukan jadi kami menganggap kontrak itu tidak sah. Pemain ini bagaimanapun didapati bersalah kerana tidak mendedahkan keadaan sebenar kontrak terdahulu kepada pasukan baru (JDT) dan dia juga tidak membuat pengesahan dengan Pahang sebelum pergi ke pasukan yang baru.

 

“Kerana melanggar Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM, pemain ini didenda RM25,000 berdasarkan Artikel 2, Perenggan 5 (C) (i) dalam Lampiran 3A. Jadi kontrak Amirulhadi dengan PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor) adalah sah. Dalam hal ini PBNJ perlu memohon sijil perpindahan antara pasukan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page