top of page

Liga-M dah bersedia

Sinar Harian

4 Januari 2014

KERANCAKAN pertandingan Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal kembali bersambung bagi meneruskan pencarian pasukan terhebat dengan aksi pembukaan merebut Piala Sumbangsih di antara juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang yang akan melayan kunjungan juara Liga Super 2013 pada 17 Januari ini di Stadium Darul Makmur.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Affandi Hamzah berkata, FAM sudah bersedia mengelolakan Liga-M yang dijangka lebih mencabar dan penuh dengan dramatik sepanjang saingan 2014 ini.“Ingin saya nyatakan di sini, kesemua persiapan pertandingan liga tempatan seperti jadual perlawanan, venue pertandingan, pendaftaran pemain tempatan serta import semuanya telah selesai.“Dan kita telah bersedia untuk disajikan aksi-aksi terbaik daripada kesemua pasukan yang bertanding pada musim baru ini,” katanya pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan kali ke-20, di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.Jelas Naib Presiden FAM itu lagi, beliau memberi jaminan bahawa kelancaran pertandingan Liga-M pada musim ini dijangka akan berjalan dengan lebih baik dan tersusun.“Kami akan memastikan setiap masalah yang timbul seperti musim lalu tidak akan berlaku lagi. Contohnya seperti penglibatan pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan Piala AFC.“Jadual mereka terlalu rapat sehingga tidak mendapat rehat secukupnya. Jadi untuk musim ini, saya telah mengarahkan agar jadual perlawanan liga tempatan kepada pasukan yang bertanding di Piala AFC diberi ruang rehat dua ke tiga hari,” katanya.Dalam perkembangan sama, Affendi turut menyatakan pasukan Selangor akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) sebagai lokasi pasukan tuan rumah sehingga Mac depan. Ini kerana Stadium Shah Alam ditutup bagi kerja-kerja pengubahsuaian.“Selangor akan bermain di Stadium MPPJ hingga Mac ini. Memandangkan lampu limpah di Stadium MPPJ masih tidak mencapai tahap piawaian yang ditetapkan, Selangor akan bermain di waktu petang.“Begitu juga dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Stadium Hang Jebat di Melaka juga akan bermain di waktu petang,” katanya.

Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page