top of page

Ronald tegur corak permainan Pahang

Stadium Astro

22 Januari 2014

Jurulatih Pahang Ronald Smith tidak menyembunyikan hakikat anak buahnya gagal memperagakan aksi yang meyakinkan dan menggesa mereka agar segera menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan padang.

Beliau mengakui keadaan padang yang tidak rata di Stadium Perak telah menjejaskan corak permainan seperti yang diharapkannya.

"Gol kedua yang dibolosi kerana kami gagal mengawal bola mahupun mengeluarkannya. Itu cukup mengecewakan," katanya. "Dalam bola sepak anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan padang, ada masanya anda berjaya ada masanya tidak.

"Apabila anda tidak memulakan permainan dengan baik, anda mula kehilangan bola dan ia akan menjejaskan keyakinan pemain.

"Saya rasa kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua. Tapi saya harus puji pasukan Perak kerana kami sudah jangka mereka akan memberi tentangan sengit berdasarkan perlawanan dengan Johor Darul Takzim.

"Mereka tidak memberi kami banyak ruang untuk mengawal bola.

Dalam pada masa yang sama, Ronald menganggap barisan pertahanannya yang dibarisi dua pemain import, Damion Stewart dan Zeshan Rahman menjadi goyah akibat kerap kehilangan bola.

"Kebanyakkan peluang Perak hadir apabila pemain saya meninggalkan posisi mereka untuk mencari gol dan kemudian mereka kehilangan posisi.  

"Itulah perjudian dalam bola sepak tapi itu berlaku terlalu kerap.

"Kalau anda tidak berlari ke atas anda tidak akan mencipta peluang dan memberi masalah kepada pasukan lawan," akuinya yang tidak suka dengan penentuan sepakan penalti.

"Saya rasa mungkin kali terakhir semasa saya membimbing Johor FC pada 1999.

"Penjaga gol kami (Khairul Azhan) menyelamat dua tendangan dan saya rasa kami memang berhak untuk memiliki tuah malam ini.

Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page