top of page

Hafiz pilihan tepat Kim Swee

Stadium Astro

19 Februari 2014

Pemain tengah Pahang, Mohd Hafiz Kamal membuktikan kenapa dia menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee untuk panggilan pertama menyertai kem latihan skuad kebangsaan, Harimau Malaya. Anak jati Perak ini mengesahkan kemaraan Pahang ke peringkat separuh akhir Piala FA menerusi sepakan percuma yang berjaya dimanfaatkan Hafiz sekaligus memberikan Pahang kemenangan agregat 3-2 ke atas PDRM. Meskipun liga Malaysia berehat selama dua minggu, Hafiz perlu memasuki kem latihan serta merta. "Tidak sempat untuk berehat. Letih memang letih tetapi sebagai pemain kita kena faham itu kerja kita. Mungkin 2 atau 3 hari tidak cukup, sebelum ini saya sudah bersiap sedia. Kalau diberi peluang bermain saya akan buat yang terbaik. Rakan sepasukannya, Mohd Fauzi Roslan, turut menjadi kebanggaan Pahang. Pemain tengah itu menjaringkan gol pertama Pahang pada minit ke-39 perlawanan dengan rembatan cantik ke sudut kiri gol.

Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page