top of page

'Gembira bantu Tok Gajah mara'

Sinar Harian

21 Februari 2014

"HANYA Tuhan saja tahu betapa berdebarnya saya ketika mengambil sepakan percuma tersebut." Itu luah pakar sepakan percuma Pahang, Mohd Hafiz Kamal yang muncul wira pasukan apabila sepakan percuma yang disempurnakan pada minit tambahan sebelum perlawanan tamat membantu Tok Gajah menunaikan hajat mara ke separuh akhir Piala FA musim ini. Pahang mara selepas menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat, 3-2 selepas terikat seri 1-1 pada suku akhir pertama dan 2-1 di suku akhir kedua di gelanggang sendiri di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu. Menurutnya, dia sudah melaksanakan tugas untuk membantu Tok Gajah dan gembira kerana jaringan tersebut membantu kemaraan pasukan itu melangkah ke separuh akhir seperti musim lalu. “Gembira kerana dapat bantu Pahang dan ia juga berkat kerjasama serta semangat semua pemain untuk mencari kemenangan. “Paling utama, sokongan padu peminat yang setia membanjiri stadium dari awal hingga tamat permainan, tidak henti-henti menaikkan semangat kami semua, sekali gus berjuang hingga ke penamat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Pemain berusia 26 tahun itu mula menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sejak kelmarin dan mengakui walaupun sedikit penat, namun ianya tidak menghalang dirinya untuk beraksi bersama Harimau Malaya. Pemain kelahiran Manjung, Perak itu pertama kali dipanggil menjadi antara 25 pemain dalam skuad kendalian jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee untuk persiapan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, awal bulan depan.
Please reload

Twitter

Follow us

Subscribe

Facebook

Become a Fan

YouTube

  • Twitter Metallic
  • Facebook Metallic
  • YouTube Metallic

Penaja:

Penaja Pakaian:

© 2013 by PAHANG FA.  Powered by M Direct Sports.

bottom of page