top of page

Stadium Mini Temerloh atau juga dikenali sebagai Stadium Majlis Perbandaran Temerloh adalah stadium pelbagai guna yang terletak di Temerloh, Malaysia. Ia kini kebanyakannya digunakan untuk perlawanan bola sepak, dengan kapasiti 3,000 orang.
Stadium ini mempunyai trek berlari, di samping padang bola sepak. Untuk musim 2012, ia dijadikan sebagai tuan rumah sementara bagi pasukan bola sepak Pahang FA dan Shahzan Muda FC, kerana ketika itu Stadium Darulmakmur dalam kerja-kerja pengubahsuaian.
Dalam saingan Piala Malaysia 2013, Felda United memilih stadium ini sebagai tuan rumah mengantikan Stadium MBPJ untuk membolehkan pasukan tersebut beraksi di sebelah malam.
Stadium Temerloh, Temerloh
PAHANG DARUL MAKMUR


bottom of page